Assalamu’alaikum..
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bernafas,
berfikir dengan waras dan menikmati pelbagai nikmat yang dikurniakan oleh
Allah untuk makhlukNya. Alhamdulillah juga kerana kita masih boleh nikmati dua
nikmat yg terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan salam keatas
kekasih Allah yang sangat dirindui, Muhammad saw.
Ha! insyaAllah kali ni
kita cerita pasal muslimah yang pakai tudung labuh a.k.a ustajah-ustajah ni.
Sejak kebelakangan ni banyak betul cerita-cerita pasal budak tudung labuh yang
saya dengar, maklum lah dulu duduk dalam ‘zon selesa’ (semua bertudung labuh
dan faham kenapa bertudung labuh) tak ada lah cerita pelik yang timbul.. lepas
tu masuk ‘zon kritikal’ yang boleh bilang dengan jari berapa orang je yang
betul-betul usaha amalkan syari’at islam.. lepas tu, alhamdulillah atas usaha
naqibah-naqibah dan doa mereka yang sedar, ramai yang berhijrah (dari segi
pemakaian).
Bila dah ramai berubah, pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, timbul masalah lain pula. Memanglah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi apa yang mereka-mereka cerita tu, seolah-olah jadi fitnah pula pada muslimah yang betul-betul faham + berubah kearah lebih baik.
Bila dah ramai berubah, pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, timbul masalah lain pula. Memanglah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi apa yang mereka-mereka cerita tu, seolah-olah jadi fitnah pula pada muslimah yang betul-betul faham + berubah kearah lebih baik.
‘pakai je tudung labuh, gelak mengalahkan
pontianak.. bla..bla..bla..’
‘harapkan tudung je labuh, dengan lelaki boleh
gelak-gelak sakan lagi..’
‘bukak je la tudung labuh tu, kalau perangai
tak macam orang tudung labuh..’
‘tudung labuh perangai macam ni ??
ish..ish..ish (sambil geleng kepala) tak patut..tak patut..’
Emm..best tak baca
antara komen-komen mereka-mereka yang memerhati dan berbaik hati untuk menegur
kita?? Kadang-kadang kesian lah kat mereka-mereka yang betul-betul menjaga
ikhtilad dan tingkah laku, terkena sekali tempiasnya. Cuba baca betul-betul
komen tu,mereka tak salah kan orang yang buat tu, tapi yang disalahkannya TUDUNG
LABUH. Kesian.. tudung yang tak bersalah juga yang kena.
Tolong lah
muslimat-muslimat yang disayangi sekalian.. kalau nak hijrah pakai tudung
labuh, ahlan wasahlan..bagus!! tapi biar seiring dengan perubahan kelakuan kita
la. Jangan tudung je labuh, tapi kelakuan kita sama dengan mereka yang
biasa-biasa atau tak pakai tudung. Saya faham, kadang-kadang tu kita tak sedar,
dah terbiasa macam tu atau lepas buat baru sedar. Tapi, bila ada yang tegur tak
kesah lah siapa pun dia, kita cuba terima dengan hati yang lapang lah.
Walaupun yang menegur
tu ‘free hair’ / macam tak tahu agama.. kau pula bertudung labuh/rasa macam dah cukup ilmu agama.. kau rasa
macam “sapa dia nak tegur aku?, aku belajar agama kott, aku tahu lebih lagi
dari dia la...bla..bla..bla..” rendahkan EGOmu wahai muslimat. Cuba muhasabah
diri balik, apa yang kau buat tu betul ke?.. jangan jadi takabur/ riaya’ dengan
masa silam kau yang konon-kononnya dah cukup banyak belajar ilmu agama.. dan
merasakan orang lain rendah dari kau. Mungkin disisi Allah mereka lebih mulia.
Saya yakin, kalau
betul-betul niat kita nak pakai tudung labuh untuk menjaga diri, untuk berubah
kearah lebih baik, insyaALLAH Allah akan tolong kita, Allah akan hantar
sahabat-sahabat yang boleh bimbing kita atau buat kita tersentap.. dan kelakuan
kita pun tak akan jadi macam kes-kes kat atas tu. Tapi, kalau kau berubah sebab
‘benda lain’.. nampak cantik je pakai tudung labuh, kat sini trend pakai tudung
labuh ataupun apa-apa yang niat yang terpesong. 95% aku yakin, disebabkan benda
ni lah kes-kes kat atas tu boleh berlaku.
Makanya, jom sama-sama
kita baiki diri.. jangan mudah melenting/ melatah bila ada yang tegur..
tolonglah muslimat sekalian, fikir dulu 5 saat sebelum buat. Jangan disebabkan
kita, habis yang tak bersalah kena tempiasnya sekali. Saya menegur ni, ikhlas
dari hati dan harapnya sampai ke hati juga.. teguran ni juga untuk diri saya juga
yang sering lupa. Moh la kita sama-sama berdoa, supaya kita dapat kawal diri
dan kelakuan kita.. janganlah kita menjadi punca fitnah kepada muslimat yang
bertudung labuh.
p/s : mungkin bahasa
yang saya guna ni agak kasar, saya mohon maaf. Apa yang baik,kita ambil dan apa
yang kurang baik kita jadikan sempadan. Mohon teguran jika ada salah dan silap.
Yuk kita sama-sama muhasabah diri.