dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

No More Excuses.



Assalamu'alaikum.. bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah atas segala hal dan nikmat. Selawat dan salam keatas kekasih yang dirindui Muhammad s.a.w..
  

Bila sebut je pasal dakwah, mesti banyak je alasan yang sering kita dengar atau mungkin kita pernah beri. 
Bila diajak untuk ikut serta dalam gerak kerja dakwah / usrah / seangkatam dengannya, alasan-alasan ni yang selalu diberi :

'aku mana layak nak dakwah-dakwah ni...bla..bla..'
'aku pun tadak ilmu, macam mane la aku nak nasihat orang??..bla..bla..'
'aku pun tak betuii macamana aku nak tegur orang beb..?..'
'muka aku ni nak jadi pendakwah? silap orang la bro/sis.. bla..bla..'
'aku bukan tak nak.., tapi ko kena paham, aku tadak masa.. nak bejar/kerja..penatt kot!! '
'eh mana bolehh.. aku mai sini nak belajar, aku kena tumpu tuk belajar la.. bla..bla..'



 meh sini ambo nak tolong jawab alasan kat atas tu..

  • yang cakap tak layak nak berdakwah
'apa ukuran LAYAK tu??.. sapa yang beri kelayakan tu? kena ada sijil yang mengiktiraf dulu baru nak berdakwah ke??..'


  • tak ada ilmu
'da tau tak de ilmu, cari la ilmu tu..nabi kata sampaikan daripadaKu walau satu ayat.. takkan la tak tau langsung..apa yang kita tau, sampaikan lah, tak semestinya bagi ceramah'


  • diri pun tak baik lagi
 'dah tahu diri tak betuii sangat, perbaikilah diri..lagipun, mana ada makhluk atas muka bumi ni yang sempurna.. nak tunggu sempurna dulu baru nak berdakwah, alamat tak ada pendakwah la kat dunia ni'


  • 'muka aku nak jadi pendakwah'
'memang nak jadi pendakwah tu kena ada tanda eh kat muka dia??..(buat muka konfius habiss sambil garu kepala)'


  •  tak ada masa / penat
 'kau ingat, kau je pelajar/kerja? pendakwah lain semua penganggur?.. jangan risau, semua orang ada masa 24 jam, tapi tak semua orang cukup masa (sebab tak ada keberkatan masa).. 

try fikir, kita tengok orang yang buat kerja baik, kejar sana-kejar sini, tapi still ada masa nak study & buat assignment, nampak ceria, tenang, tak stress.. 

tengok pula orang yang buat kerja kurang/tak ada faedah, kejar sana-sini juga, study pun,kadang-kadang tak sempat, assignment lagi la(main copy paste je, silap-silap nama pun tak sempat nak tukar), muka berkerut je, bagi salam pun tak sempat nak jawab, kita yang tengok dia pun jadi stress.. 

agak-agak kenapa? masing-masing Allah bagi masa 24jam sehari, tapi ada yang tak cukup masa & ada yang elok-elok cukup??.
haa !! ni lah dipanggil keberkatan masa. Maknanya kita boleh buat banyak benda dalam masa yang diberi.
sebabnya masa kan makhluk Allah juga, jadi Allah yang tentukan.. 
Jadinya, kalau niat kita betul, nak bawa syiar islam, insyaALLAH ada masa. dan percaya atau tidak, walaupun sibuk dengan belajar-kerja-kerja dakwah, kita still rasa tenang, penat tu mesti penat, tapi kita rasa puas dan gembira.


  • aku datang untuk belajar
'memang tujuan kita masuk IPTA/S untuk belajar.. kalau fikir balik, logik ke asyik belajar je 24jam.. ok, tolak masa tidur-makan-solat-riadah.. dah kata nak belajar sangat kan?, jangan lepak kosong kat kafe, jangan dok bazir masa main game, tak payah tengok movie, jangan dok tidur je memanjang.. jangan apa lagi eh ?..
benda-benda lagha kau ada masa lak? bila ajak buat benda berfaedah, dan-dan je cakap nak belajar.. ini semua poyo..'

-----------------------------------------------------------

ok lah, itu antaranya lah.. maaf la bahasa memang pasar habiss dan tak berapa nak wara'/tiqah. heh!.. gaya bahasa dan cara jawab tu mesti lah kena dengan orangnya, kalau yang hati sado boleh la nak jawab macam kat atas tu.. tapi untuk hati yang lembut, kena ubah suai la bahasanya.. 
nilah masanya nak uji kita ni dakwah bilhikmah ke tak..

jawapan untuk alasan-alasan ni, tak semestinya untuk orang lain je, kadang-kadang masa kita rasa down-futur sangat tu.. boleh la kita guna untuk top-up balik semangat yang hilang tu..

apa-apa pun., bitaufiq ma'a najjah dalam mengendalikan kes sebegini..

orang kata nak seibu daya, tak nak memang tak terdaya la.

p/s : entri ni sambungan bagi entri siapa da'ie??.. Segala yang baik, terilham daripada Allah, segala kekurangan/kelemahan dan kekasaran, adalah dari kekurangan diri sendiri. hakikatnya segalanya daripada ALLAH. Mohon maaf dan teguran diatas segala kesilapan.

siapa da'ie??

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah diatas segala yang berlaku.. selawat dan salam buat kekasih Allah yang kita rindui, rasulullah s.a.w.


siapa yang mengucap lailahaillaAllah, maka dia adalah da'ie
lailahaillaALLAH - tiada tuhan melainkan Allah
dai'e - pendakwah




Berbalik kepada kata-kata kat atas tu, "siapa yang mengucap lailahaillaAllah" -- agak-agak, siapa eh yang ucap lailahaillah tu?.. kita semua la kawan.
Setiap muslim/ah mesti mengucap kalimah toyyibah kan?? dalam kalimah toyyibah tu ada 2 benda :
1) lailahaillaAllah
2) muhammad rasulullah

"maka dia adalah da'ie" -- dia adalah pendakwah.. ana ulang, PENDAKWAH.
maknanya kat sini, setiap orang islam adalah pendakwah.


jadi, jom kita muhasabah balik.. sebelum ni, bila diajak untuk join dalam gerakan islam/ berusrah/ seangkatan dengannya, kita selalu mencari alasan :

'aku mana layak nak dakwah-dakwah ni...bla..bla..'
'aku pun tadak ilmu, macam mane la aku nak nasihat orang??..bla..bla..'
'aku pun tak betuii macamana aku nak tegur orang beb..?..'
'muka aku nak jadi pendakwah? silap orang la bro/sis.. bla..bla..'
'aku bukan tak nak.., tapi ko kena paham, aku tadak masa.. nak bejar/kerja..penatt!! '
'eh mana bolehh.. aku mai sini nak belajar, aku kena tumpu tuk belajar la.. bla..bla..'



Makanya sekarang ni, kita dah tau wajib bagi setiap muslim/ah untuk berdakwah, tak dak lagi alasan untuk kita nak mengelat..

Sebenarnay bila kita fikirkan balik kata-kata kat atas tu, banyak benda yang kita dapat..

Kita hidup sebagai orang Islam ni diberi 3 taklifat (amanah) iaitu sebagai :
  • HAMBA
  • KHALIFAH
  • DAi'E
untuk hamba & khalifah, boleh tengok  artikel who am i??..

bila sebut je berkaitan taklifat mesti 'kembarnya' tanggungjawab.. bila dengar je perkataan tanggungjawab baru rasa macam berat sangat.
Perkataan tanggungjawab tu saya lebih suka cakap tanggung & jawab. kenapa ada '&' kat tengah tu? sebab kita tanggung segala amanah yang diberikan kat dunia ni & kita kena jawab kat akhirat sana.. 

Berdakwah tak semestinya kena berceramah macam pak ostad/ostajah je, Masing-masing ada kepakaan dalam bidang masing-masing kan? Jadinya, kita boleh guna kepakaran yang kita ada tu untuk berdakwah. Nak hidup, haruslah kreatif..!  Kadang-kadang dakwah dengan perbuatan tu lebih berkesan daripada dakwah dengan kata-kata. Sebab semua orang boleh cakap, tapi nak laksanakan sesuatu tu, tak semua orang mampu.

Jadi sahabat sekalian, jom sama-sama buat yang terbaik!! mengikut kepakaran / kelebihan yang kita ada.

p/s :  nak seribu daya, tak nak memang tak      terdaya la. say no more excuses.