dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

hey awak yang bertudung labuh.



Assalamu’alaikum.. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bernafas, berfikir dengan waras dan menikmati pelbagai nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk makhlukNya. Alhamdulillah juga kerana kita masih boleh nikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan salam keatas kekasih Allah yang sangat dirindui, Muhammad saw.






Ha! insyaAllah kali ni kita cerita pasal muslimah yang pakai tudung labuh a.k.a ustajah-ustajah ni. Sejak kebelakangan ni banyak betul cerita-cerita pasal budak tudung labuh yang saya dengar, maklum lah dulu duduk dalam ‘zon selesa’ (semua bertudung labuh dan faham kenapa bertudung labuh) tak ada lah cerita pelik yang timbul.. lepas tu masuk ‘zon kritikal’ yang boleh bilang dengan jari berapa orang je yang betul-betul usaha amalkan syari’at islam.. lepas tu, alhamdulillah atas usaha naqibah-naqibah dan doa mereka yang sedar, ramai yang berhijrah (dari segi pemakaian). 

Bila dah ramai berubah, pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, timbul masalah lain pula. Memanglah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi apa yang mereka-mereka cerita tu, seolah-olah jadi fitnah pula pada muslimah yang betul-betul faham + berubah kearah lebih baik.

‘pakai je tudung labuh, gelak mengalahkan pontianak.. bla..bla..bla..’
‘harapkan tudung je labuh, dengan lelaki boleh gelak-gelak sakan lagi..’
‘bukak je la tudung labuh tu, kalau perangai tak macam orang tudung labuh..’
‘tudung labuh perangai macam ni ?? ish..ish..ish (sambil geleng kepala) tak patut..tak patut..’

Emm..best tak baca antara komen-komen mereka-mereka yang memerhati dan berbaik hati untuk menegur kita?? Kadang-kadang kesian lah kat mereka-mereka yang betul-betul menjaga ikhtilad dan tingkah laku, terkena sekali tempiasnya. Cuba baca betul-betul komen tu,mereka tak salah kan orang yang buat tu, tapi yang disalahkannya TUDUNG LABUH. Kesian.. tudung yang tak bersalah juga yang kena.



Tolong lah muslimat-muslimat yang disayangi sekalian.. kalau nak hijrah pakai tudung labuh, ahlan wasahlan..bagus!! tapi biar seiring dengan perubahan kelakuan kita la. Jangan tudung je labuh, tapi kelakuan kita sama dengan mereka yang biasa-biasa atau tak pakai tudung. Saya faham, kadang-kadang tu kita tak sedar, dah terbiasa macam tu atau lepas buat baru sedar. Tapi, bila ada yang tegur tak kesah lah siapa pun dia, kita cuba terima dengan hati yang lapang lah. 

Walaupun yang menegur tu ‘free hair’ / macam tak tahu agama.. kau pula bertudung labuh/rasa macam dah cukup ilmu agama.. kau rasa macam “sapa dia nak tegur aku?, aku belajar agama kott, aku tahu lebih lagi dari dia la...bla..bla..bla..” rendahkan EGOmu wahai muslimat. Cuba muhasabah diri balik, apa yang kau buat tu betul ke?.. jangan jadi takabur/ riaya’ dengan masa silam kau yang konon-kononnya dah cukup banyak belajar ilmu agama.. dan merasakan orang lain rendah dari kau. Mungkin disisi Allah mereka lebih mulia.

Saya yakin, kalau betul-betul niat kita nak pakai tudung labuh untuk menjaga diri, untuk berubah kearah lebih baik, insyaALLAH Allah akan tolong kita, Allah akan hantar sahabat-sahabat yang boleh bimbing kita atau buat kita tersentap.. dan kelakuan kita pun tak akan jadi macam kes-kes kat atas tu. Tapi, kalau kau berubah sebab ‘benda lain’.. nampak cantik je pakai tudung labuh, kat sini trend pakai tudung labuh ataupun apa-apa yang niat yang terpesong. 95% aku yakin, disebabkan benda ni lah kes-kes kat atas tu boleh berlaku.



Makanya, jom sama-sama kita baiki diri.. jangan mudah melenting/ melatah bila ada yang tegur.. tolonglah muslimat sekalian, fikir dulu 5 saat sebelum buat. Jangan disebabkan kita, habis yang tak bersalah kena tempiasnya sekali. Saya menegur ni, ikhlas dari hati dan harapnya sampai ke hati juga.. teguran ni juga untuk diri saya juga yang sering lupa. Moh la kita sama-sama berdoa, supaya kita dapat kawal diri dan kelakuan kita.. janganlah kita menjadi punca fitnah kepada muslimat yang bertudung labuh.

p/s : mungkin bahasa yang saya guna ni agak kasar, saya mohon maaf. Apa yang baik,kita ambil dan apa yang kurang baik kita jadikan sempadan. Mohon teguran jika ada salah dan silap. Yuk kita sama-sama muhasabah diri.