dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

Ibrah 2

KISAH LUQMAN AL HAKIM 

 
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang pun berkata, 
'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, 
"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, 
"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, 
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dinaiki."

Dalam perjalanan mereka dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, 
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, 
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan ditimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


--kita kat dunia ni, tak akan terlepas dari kritikan orang.. tak kiralah apa yang kita buat, sama ada perbuatan kita tu baik atau pun buruk... jadinya, kita buat je apa-apa pun asalkan tak melanggar syariat--
 
--jom kita sama-sama cuba jaga dan kawal percakapan, jangan terlalu suka mengkritik orang tetapi lupa diri sendiri lebih lagi dari tu.. sama-samalah kita sentiasa bermuhasabah diri... kita nampak orang buat salah, kita kena tegur tapi perlulah beradab dan pada masa yang sama, perlulah muhasabah diri supaya kita tak terbuat sama benda salah tu..--

....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan