dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

Bro.. Sis.. Kiamat dah dekat.. (2)

Assalamu’alaikum. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas, berfikir dengan waras dan menikmati pelbagai nikmat yg dikurniakan oleh Allah untuk makhlukNya. Alhamdulillah juga kerana kita masih boleh nikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan salam keatas kekasih Allah yg sangat dirindui, Muhammad saw.

NI SAMBUNGAN ENTRI [Bro.. Sis.. Kiamat dah dekat 1]. 

 Dah baca, dah fikir.. lepas tu, apa yang kita perlu buat ek? (sambil garu kepala..heh)


 Nabi  ada pesan :

  •  baca surah al Kahfi setiap hari (paling malas pun, baca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir) 





  •  bayakkan berdoa agar dilindungi dari fitnah Dajjal 



  •  hadiri majlis ilmu, hah! Kenapa? Apa kaitannya? Sebabnya, kalau Allah nak seseorang tu selamat dunia dan akhirat, Allah akan beri kefahaman tentang agama kepadanya.. so, kita kena usahalah kearah tu.

  •   selalu baca al Quran (luangkan masa antara maghrib dan isyak-masa yang paling tak sibuk dalam hidup)


Ada ustaz pesan :
  • perbanyakkan puasa sunat (sebagai persediaan, nanti tak ada makanan, tak adalah rasa lapar sangat sebab dah biasa puasa) 
  • nabi kata, orang Islam diakhir zaman(masa tak ada makanan tu) akan bertahan dengan bertahlil (lailahaillallah) , bertasbih (subahanallah), bertakbir (allahuakbar), beristighfar (astaghfirullah) riwayat i.majjah.. 
 persoalannya, adakah dengan tahlil,tasbih,takbir dan istighfar tu akan mengenyangkan kita? Tak,tapi dengan kita ingat Allah, kita akan bersabar hadapi semua tu. 



nak cerita sikit.. ada satu hari ni, saya dok semangat bincang  pasal Dajjal dengan famili, tiba-tiba mak saya mencelah, dia kata 'tak guna kalau kita dok semangat cakap je, tapi tak ada persediaan apa-apa'..  huh!  tersentap jugak dibuatnya. Alhamdulillah, mungkin tu Allah nak tegur kami melalui ma..
lepas tu, sekarang ni dok tengah cuti sem, agak lah lama cutinya. saya jadilah pengangur terhormat kat rumah, dok tengah tak ada kerja sangat tu, saya selongkar la video-video dan artikel-artikel.. tiba-tiba terjumpa 1 video pasal Dajjal, cuma satu persoalan je yang buat saya tersentap kali kedua.. dia kata 'pada masa tu tak ada makanan dan minuman, boleh ke kita tahan lapar dan dahaga nanti?? berapa banyak dah puasa sunat yang kita buat sekarang?' 


 Mohon tersentap semua.. tak guna juga kalau tersentap je tapi tak ada perubahan dalam diri kita. Jom sama-sama kita berubah kearah lebih baik. jom sama-sama kita bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.


Akhirnya, moga-moga kita tergolong dalam golongan yang bersabar dan pengikut nabi Isa.amiinn.. 

Ini semua mungkin sekadar teori, terpulanglah kepada diri sendiri untuk terima atau tidak. Yelah, nak cakap pasal benda yang akan berlaku susah. Kalau dah berlaku, senang kita nak buktikan. Cuma kita perlu ingatlah sempat atau tidak, lambat atau cepat, kiamat tu pasti berlaku. 

Tanda punya tanda Allah dah bagi, marilah kita sama-sama ambil pengajaran dan tingkatkan amalan kita. Jangan sampai bila Dajjal kat depan mata baru kita ternganga, nak kalut buat amal, barulah kita kata ‘aku ada baca pasal ni, tapi aku tak ambil port pun’. 

Kalau Dajjal tak turun masa kita seklipun, apa ruginya kita buat amal dan bertaubat tu, bukan ke kita semua ni bakal jenazah?.. jom la kita sama-sama berdoa supaya kita tergolong golongan yang mengikut nabi Isa (islam) & supaya jika kita berada pada zaman tu, kita dapat bertahan dan bersabar.

p/s : doakan juga untuk keluarga, guru-guru, sahabat dan jangan lupa saya ek.. tak rugi pun doakan orang lain, untung adalah, sebab bila kita doakan saudara kita tanpa pengetahuan dia, malaikat akan mengaminkan doa kita dan malaikat akan doakan kita kembali.
Segala yang ada dalam artikel ni, hasil daripada beberapa ceramah yang saya ikuti dan dari pembacaan. Segala yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan dan kelemahan, datang dari saya makhluk yang selalu buat salah dan dosa. Jika ada kesalahan mohon teguran.
wallahua'lam..

Bro..Sis..kiamat dah dekat.. (1)




Assalamu’alaikum. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas, berfikir dengan waras dan menikmati pelbagai nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk makhlukNya. Alhamdulillah juga kerana kita masih boleh nikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan salam keatas kekasih Allah yg sangat dirindui, Muhammad saw.



“dan takutlah kamu pada hari(ketika) tidak seorang pun dapat membela orang lain sedikit pun. Sedangkan syafaat dan tebusan apa pun darinya tidak diterima dan mereka tidak akan ditolong” [2:48]



Sebenarnya kali ni saya nak bincang tentang Dajjal. Huh! Tengok atau dengar perkataan Dajjal pun dah rasa gerun, agak-agak kalau kita berada pada zaman dajjal macam mana pulak kita nak hadapinya ek? Astaghfirullahal ‘azim.. 




Jom kita kenal musuh kita ni sikit, sebabnya ada masanya kita nak kuat, kita kena ambil tahu pasal musuh kita. Dengan kita kenal musuhlah kita tahu apa kelemahannya dan apa persediaan kita bila diserang nanti. Dajjal ni manusia macam kita juga Cuma dia ketua negara, dia hidup pada zaman nabi Sulaiman dan dia ni antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya. Ada dua tanda besar yang ada pada dirinya yang menunjukkan dia tu Dajjal (tanda ni akan keluar selepas dia mengaku sebagai tuhan)
 1) buta mata sebelah kiri,ad ulama’ kata kat mata tu ada biji macam biji kismis.. mata kanan pula terkeluar sedikit. 
2) kat dahinya ada tulisan kaf, fa, ra. 
 Dua tanda besar tu riwayat imam Tabrani. 

Lebih kurang 8 orang ulama’ dari Yaman bermimpi Dajjal dah keluar tapi tak tahu kat mana. Dia menghuru-harakan dunia ni selama 14 hari, lepastu turunnya nabi Isa as bunuh dia. Lepas Dajjal baru muncul Yakjuj Makjuj.



“Dari Abu Hurairah ra, Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seseorang melewati kuburan orang lain lalu berkata: Alangkah senangnya bila aku menempati tempatnya!."
(Shahih Muslim No.5175)


Hadis ni menunjukan pada akhir zaman cubaan dunia sangat berat untuk ditanggungi oleh orang mukmin.


Orang yang bertaqwa akan sentiasa ambil pengajaran diatas apa yang berlaku disekelilingnya. Cuba fikir kejap apa yang berlaku kebelakangan ni? dunia kita amnya dan negara kita khususnya banyak kejadian yang boleh kita ambil pengajaran. 


# Pada akhir tahun lepas,berlakunya banjir besar sebelah Pantai Timur dan Johor. 


# Lepas tu, turun salji kat tempat yang tak pernah turun salji, masa tu kat negara kita pulak (kelantan dan terengganu) sejuk sangat (smpaikan kena pakai stokin kat dalam rumah..heh)


# Dah habis isu sejuk dan salji, berlaku kemarau, sampaikan kl dan selangor terpaksa buat catuan air dan seluruh Malaysia buat solat sunat istisqa’(minta turun hujan).


= nampak tak kat sini, perubahan cuaca yang mendadak


Zaman kita sekarang ni Rasulullah dah tak ada, kita Cuma ada al Quran dan hadis tempat untuk kita rujuk.     Ada ulama’ yang suka mengira umur umat, antaranya Imam as Suyuti, beliau kira umur umat adalah sekitar 1500-1600 tahun. Tahun hijrah sekarang dah 1435H, dah terlalu hampir kepada 1500 tahun. 1435H tu pun ambil dari tahun nabi kita hijrah, kalau tambah lagi sebelum nabi kita hijrah, lagi-lagi la nak dekat dengan 1500 tahun tu.


buatlah amal sebelum..


  • naik matahari sebelah barat                                                                                                  

 - ada dalam kajian saintis barat, dia kata paksi bumi dah turun kebawah suatu hari bumi akan berputar bertentanagn arah- planet Marikh dah berlaku fenomena ni. ada satu laporan dari NASA, bumi sekarang berpusing 26 batu sebulan dan kemungkinan pada tahun 2015 matahari akan naik sebelah barat. Diaorang kata ni fenomena alam semula jadi.. tapi bagi kita umat Islam yang percaya hari kiamat, ini tanda-tanda kiamat, bila fenomena ni berlaku, taubat kita dah tak diterima oleh Allah. tahun 2015 tu kajian mereka, betul ke tak, wallahu'alam..




  • tiupan sangkakala  
                 
 –tiupan pertama(bunyi yang menakutkan), tiupan kedua(berlakunya kiamat), tiupan ketiga(hari kebangkitan). Ada dalam satu video ni, seorang merakam bunyi yang sangat kuat dan menakutkan tapi tak tahu dari mana datangnya bunyi tu. Mungkinkah ni tiupan pertama?? waAllahu ‘alam..



  • munculnya Dajjal 

    (fitnah terbesar,sampaikan para sahabat berdoa supaya mereka tak ada pada zaman   pemerintahan Dajjal)                                          


                                                                                                       

 tanda-tanda nak munculnya Dajjal :    

  • tahun pertama – hujan akan turun sebanyak 2/3 = lebih kurang 240 hari (cuba kita  tengok jap sekarang, bukan ke sebelum ni negara kita dilanda kemarau. Banyak tumbuhan yang mati sebab terbakar, paras air kat empangan menurun sampaikan kena catu air kott)  
  •  tahun kedua – hujan turun sebanyak 1/3 = 120 hari.
  • tahun ketiga – tiada hujan = tiada air (matikan semua tumbuhan = haiwan pun mati = tak ada sumber makanan), berlakunya masalah elektrik(sebab kita nak menjana elektrik, kita guna air kat empangan tu jugak) = tak ada kerja = mengangur... waktu nilah turunya Dajjal. 

Dajjal akan menjelajah dari satu tempat ke satu tempat, dia akan suruh penduduk kat tempat tu mengaku dia tuhan.. sapa yang mengaku dia tuhan, maka tempat tu tumbuh tumbuhan, haiwan ternakan gemuk-gemuk (kira penuh dengan nikmat lah).. tapi, bagi tempat yang tak mengaku dia tuhan, lepas je dia tinggalkan tempat tu jadi tandus (orang kata padang jarak padang tekukur eh?). bila kita fikir balik, kalau benda ni berlaku sekarang pun, tak mustahilll.. sebab dia jelajah seluruh dunia – boleh guna jet pejuang, jadikan tempat tu tumbuh tumbuhan – bukan ke sekarang ni barat ada cipta benih yang boleh turunkan hujan ke?, jadikan tempat tu musnah – senag je, bom je la. Dia boleh buat semua tu, sebab dia bukan rakyat biasa, tapi dia pemerintah. 
Ramai akan ikut dia, terutama kaum hawa, sampaikan suami/ayah terpaksa ikat isteri dan anak-anaknya kat rumah.


Dah baca, dah fikir.. lepas tu, apa yang kita perlu buat ek? (sambil garu kepala..heh)

p/s : sambung kat entri kedua ek.. panjang sangat nanti bosan pulak nak baca kan. segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari kelemahan diri. salah dan silap mohon ditegur.
wallahua'lam..