Assalamu’alaikum.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas, berfikir dengan waras dan
menikmati pelbagai nikmat yang dikurniakan oleh Allah untuk makhlukNya.
Alhamdulillah juga kerana kita masih boleh nikmati dua nikmat yang terbesar iaitu
nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan salam keatas kekasih Allah yg sangat
dirindui, Muhammad saw.
“dan takutlah kamu pada hari(ketika) tidak seorang pun dapat membela orang lain sedikit pun. Sedangkan syafaat dan tebusan apa pun darinya tidak diterima dan mereka tidak akan ditolong” [2:48]
Sebenarnya kali ni saya nak
bincang tentang Dajjal. Huh! Tengok atau dengar perkataan Dajjal pun dah rasa
gerun, agak-agak kalau kita berada pada zaman dajjal macam mana pulak kita nak
hadapinya ek? Astaghfirullahal ‘azim..
Jom kita kenal musuh kita ni
sikit, sebabnya ada masanya kita nak kuat, kita kena ambil tahu pasal musuh
kita. Dengan kita kenal musuhlah kita tahu apa kelemahannya dan apa persediaan
kita bila diserang nanti. Dajjal ni manusia macam kita juga Cuma dia ketua
negara, dia hidup pada zaman nabi Sulaiman dan dia ni antara makhluk yang
ditangguhkan ajalnya. Ada dua tanda besar yang ada pada dirinya yang
menunjukkan dia tu Dajjal (tanda ni akan keluar selepas dia mengaku sebagai
tuhan)
1) buta mata sebelah kiri,ad ulama’ kata kat mata tu ada biji macam biji kismis.. mata kanan pula terkeluar sedikit.
2) kat dahinya ada tulisan kaf, fa, ra.
Dua tanda besar tu riwayat imam Tabrani.
Lebih kurang 8 orang ulama’ dari Yaman bermimpi Dajjal dah keluar tapi tak tahu kat mana. Dia menghuru-harakan dunia ni selama 14 hari, lepastu turunnya nabi Isa as bunuh dia. Lepas Dajjal baru muncul Yakjuj Makjuj.
1) buta mata sebelah kiri,ad ulama’ kata kat mata tu ada biji macam biji kismis.. mata kanan pula terkeluar sedikit.
2) kat dahinya ada tulisan kaf, fa, ra.
Dua tanda besar tu riwayat imam Tabrani.
Lebih kurang 8 orang ulama’ dari Yaman bermimpi Dajjal dah keluar tapi tak tahu kat mana. Dia menghuru-harakan dunia ni selama 14 hari, lepastu turunnya nabi Isa as bunuh dia. Lepas Dajjal baru muncul Yakjuj Makjuj.
“Dari Abu Hurairah ra, Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seseorang melewati kuburan orang lain lalu berkata: Alangkah senangnya bila aku menempati tempatnya!."(Shahih Muslim No.5175)
Hadis ni menunjukan pada akhir
zaman cubaan dunia sangat berat untuk ditanggungi oleh orang mukmin.
Orang yang bertaqwa akan sentiasa
ambil pengajaran diatas apa yang berlaku disekelilingnya. Cuba fikir kejap apa
yang berlaku kebelakangan ni? dunia kita amnya dan negara kita khususnya banyak
kejadian yang boleh kita ambil pengajaran.
# Pada akhir tahun lepas,berlakunya
banjir besar sebelah Pantai Timur dan Johor.
# Lepas tu, turun salji kat tempat
yang tak pernah turun salji, masa tu kat negara kita pulak (kelantan dan
terengganu) sejuk sangat (smpaikan kena pakai stokin kat dalam rumah..heh)
# Dah habis isu sejuk dan salji, berlaku
kemarau, sampaikan kl dan selangor terpaksa buat catuan air dan seluruh
Malaysia buat solat sunat istisqa’(minta turun hujan).
= nampak tak kat sini, perubahan
cuaca yang mendadak
Zaman kita sekarang ni Rasulullah
dah tak ada, kita Cuma ada al Quran dan hadis tempat untuk kita rujuk. Ada
ulama’ yang suka mengira umur umat, antaranya Imam as Suyuti, beliau kira umur
umat adalah sekitar 1500-1600 tahun. Tahun hijrah sekarang dah 1435H, dah
terlalu hampir kepada 1500 tahun. 1435H tu pun ambil dari tahun nabi kita
hijrah, kalau tambah lagi sebelum nabi kita hijrah, lagi-lagi la nak dekat
dengan 1500 tahun tu.
buatlah amal sebelum..
- naik matahari sebelah barat
- ada dalam kajian saintis barat,
dia kata paksi bumi dah turun kebawah suatu hari bumi akan berputar
bertentanagn arah- planet Marikh dah berlaku fenomena ni. ada satu laporan dari NASA, bumi sekarang berpusing 26 batu sebulan dan kemungkinan pada tahun 2015 matahari akan naik sebelah barat. Diaorang kata ni
fenomena alam semula jadi.. tapi bagi kita umat Islam yang percaya hari kiamat,
ini tanda-tanda kiamat, bila fenomena ni berlaku, taubat kita dah tak diterima
oleh Allah. tahun 2015 tu kajian mereka, betul ke tak, wallahu'alam..
- tiupan sangkakala
–tiupan
pertama(bunyi yang menakutkan), tiupan kedua(berlakunya kiamat), tiupan
ketiga(hari kebangkitan). Ada dalam satu video ni, seorang merakam bunyi yang
sangat kuat dan menakutkan tapi tak tahu dari mana datangnya bunyi tu.
Mungkinkah ni tiupan pertama?? waAllahu ‘alam..
- munculnya Dajjal
(fitnah terbesar,sampaikan para sahabat berdoa supaya mereka tak ada pada zaman pemerintahan Dajjal)
tanda-tanda nak munculnya Dajjal
:
- tahun pertama – hujan akan turun sebanyak 2/3 = lebih kurang 240 hari (cuba kita tengok jap sekarang, bukan ke sebelum ni negara kita dilanda kemarau. Banyak tumbuhan yang mati sebab terbakar, paras air kat empangan menurun sampaikan kena catu air kott)
- tahun kedua – hujan turun sebanyak 1/3 = 120 hari.
- tahun ketiga – tiada hujan = tiada air (matikan semua tumbuhan = haiwan pun mati = tak ada sumber makanan), berlakunya masalah elektrik(sebab kita nak menjana elektrik, kita guna air kat empangan tu jugak) = tak ada kerja = mengangur... waktu nilah turunya Dajjal.
Dajjal akan menjelajah dari satu tempat ke satu tempat, dia akan suruh penduduk kat tempat tu mengaku dia tuhan.. sapa yang mengaku dia tuhan, maka tempat tu tumbuh tumbuhan, haiwan ternakan gemuk-gemuk (kira penuh dengan nikmat lah).. tapi, bagi tempat yang tak mengaku dia tuhan, lepas je dia tinggalkan tempat tu jadi tandus (orang kata padang jarak padang tekukur eh?). bila kita fikir balik, kalau benda ni berlaku sekarang pun, tak mustahilll.. sebab dia jelajah seluruh dunia – boleh guna jet pejuang, jadikan tempat tu tumbuh tumbuhan – bukan ke sekarang ni barat ada cipta benih yang boleh turunkan hujan ke?, jadikan tempat tu musnah – senag je, bom je la. Dia boleh buat semua tu, sebab dia bukan rakyat biasa, tapi dia pemerintah.
Ramai akan ikut dia, terutama kaum hawa, sampaikan
suami/ayah terpaksa ikat isteri dan anak-anaknya kat rumah.
Dah baca, dah fikir.. lepas tu,
apa yang kita perlu buat ek? (sambil garu kepala..heh)
p/s : sambung kat entri kedua ek.. panjang sangat nanti bosan pulak nak baca kan. segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dari kelemahan diri. salah dan silap mohon ditegur.
wallahua'lam..
wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan