dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

..Kata Ukhuwah Fillah?..



Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya dan juga dapat lagi kita merasa dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat islam dan iman.. selawat dan salam keatas insan yang dirindui walaupun tidak pernah berjumpa, nabi Muhammad saw..




UKHUWAH…. kerap kali kita dengar perkatan ukhuwah atau mungkin juga sering kali kita menyebut perkataan ukhuwah.. tapi,fahamkah kita makna sebenar ukhuwah atau disebalik perkataan ukhuwah fillah tu apa?? Salah satu maksud disebalik ukhuwah tu, kita bersahabat dengan seseorang tu bukan semata-mata untuk kepentingan diri / kelebihan yang dia ada.. tapi kita bersahabat dengan seseorang tu semata-mata kerana Allah, segala baik dan buruknya kita terima (bukan mengutuk di belakang), susah dan senang bersama(bukan time susah cari dia dan bila senang tinggalkan dia & bila dia senang ada dengan dia dan bila dia susah jauh dengan dia)… 

maksud firman Allah swt dlm surah al Hujurat, ayat 10 (ms 516) :

 "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, 
kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan 
bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"


Ukhuwah, terlalu mudah untuk diungkapkan, tetapi amat sukar untuk dihayati dan dilaksanakan.. apabila kita betul-betul hayati ukhuwah tu, percayalah ia sangat ‘manis’.. kita akan berasa tenang bersama dengannya, walaupun kita sedang menghadapi ujian yang berat.. kerana apa? Sebab dia bersahabat kerana Allah, dia tidak akan tinggalkan kita keseorangan menghadapi ujian.. walaupun dia tidak dapat merasai apa yg kita hadapi, tapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk berada ditempat kita..  dia akan memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada kita yang mungkin dah futhur (putus asa) dalam menghadapi ujian kehidupan..




Peringkat yang paling bawah dalam berukhuwah ialah ‘salamatu sadri’(berlapang dada).. apabila kita telah menjalinkan ukhuwah lillahita’ala(bersahabat kerana Allah ta’ala), kita akan menerima segala apa yang ada pada dirinya dan sebaliknya. Apa yang buruk ada padanya, kita akan cuba mengubahnya dengan menegur atau apa-apa je cara yang sesuai dengan keadaan dia. Dia pun akan buat benda yang sama kat kita.. bukannya kita nampak dia buat sesuatu maksiat, kita biarkan je sebab nak jaga hati la konon.. kita kena faham, kita tegur bukan untuk bukak aib, tapi sebab kita sayang kat dia. Cara tegur tu kena la ada hikmahnya, jagan la pulak p tegur depan orang ramai atau guna bahasa yang menyakitkan hati pulak..  kata Imam Syafi’ie lebih kurang macam ni la maksud dia ‘seseorg tu tgur kita depan khalayak ramai itu nak mengaibkan kita, tp bila seseorg tu btul2 nak ubah kita dia akan tegur kita apabila kita berdua’..


Bila kita sayang kepada saudara atau sahabat, kita mestilah memberitahunya. seperti maksud sabda rasulullah :

Dari Anas ra. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw,
 lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah saw tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.”  Lalu Rasulullah saw bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” 
Kemudian Rasulullah saw bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.” 
(HR. Abu Dawud)
 
 tapi igat!! jangan salah guna pulak.. mesti ada batasnya, tak perlulah nak bgtau kat kawan yang berlainan jantina ya.. nanti lain pulak ceritanya. lagipun, kalau boleh, bersahabatlah dengan sama jantina dengan kita. yang berlainan jantina tu cukuplah sebagai kenalan sahaja, tak perlulah kot jadi kawan tapi mesra atau seangkatan dengannya..

 Dari Thabrani meriwayatkan, dari Aisyah ra. bahwa, 
“Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, niscaya kamu akan saling mencintai.”
Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. 
Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. 
Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” 
 (HR. Muslim)





emm.. apabila kita dok 'manis' berukhuwah, kita akan diuji oleh Allah.. tak kisah la dalam apa bentuk ujian sekali pun, ada yang berjauh hati, ada yang terpaksa berpisah, ada yang terasa macam-macam lagi la sampaikan satu tahap mungkin akan membuatkan seorang sahabat tu menangis..
biasalah tu, sebenarnya Allah bagi ujian dalam ukhuwah kita supaya ukhuwah kita mantop lagi.
tu pun, kalau kita pandai nak mengawalnya atau betul  cara kita tanganinya.. hati-hati dalam menyelesaikan masalah dlm berukhuwah, takut-takut kalau salah cara kita tanganinya semakin parah pula hubungan kita dengannya..
bayangkanlah.. kita makan ikan sweetsour.. kan best tu, tapi kalau kita makan ikan sweet je kan pelik pula rasanya.. ha! macm tu la jugak ukhuwah kita mesti ad 'sour'nya. lagi pun, banyak makan 'manis'  tak elok untuk kesihatan.. hehe " >_<

ps : jgan lupa doakan diri sendiri, sahabat, saya dan seluruh umat islam.. kerana kita semua bersaudara.. bak kata maher zain, we one big family.. maaf salah silap, mohon ditegur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan