Assalamua’alaikum..
alhamdulillha bersyukur kerana dapat lagi bernafas dan dapat merasa 2 nikmat yang
terbesar, iaitu nikmat islam dan iman.. moga entri kali bermanfaat dan sedikit
sebanyak menyedarkan kita yang berada di ‘zone selesa’…
Bayangkan kalau
kita bagi pinjam buku yang kita tak sempat baca lagi kat orang, tapi bila dia
pulangkan buku tu da koyak tau dah lain macam je (dengan muka tak bersalah
pulak tu).. apa yang kita rasa masa tu ek? Mesti kita marah kan?? Mana tak nya,
buku yg kita tak baca lg da koyak, masa hantar tu kalau dia mintak maaf tu ok
la gak, ni buat macam tak ada ape-apa lak.. ha!!!
Macam tu la gak keadaan kita kat dunia ni.. semua makhluk kat alam semesta ni
termasuk diri kita sendiri Allah yang punya, Allah hanya bagi pimjam je. Nnt
kita akn dikembalikan dan dibangkitkan..masa tu, setiap apa yang kita buat kat
dunia ni akan dipersoalkn.. Kiranya ni amanah kita la, kena jaga betul-betul.. takkanlah
Allah dah bagi pinjam elok-elok, kita pulangkan dengan..??!#%$.... Allah tak jadikan kita
sia-sia Allah ada berfirman yang bermaksud ‘tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali
untuk bribadah’..
Allah ad
befirman dalam (surah ad Dukhan ayt 38&39 – ms 497) yg bermaksud :
“dan tidaklah Kami main2 menciptakan langit dan bumi dan apa yg ada di antara keduanya. Tidaklah Kami ciptakan keduanya melainkan dengan haq(benar), tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”
Dan
“dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari tulang belakang anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman),’bukankah Aku ini Tuhanmu?’ mereka menjawab, ‘betul(engkau tuhan kami), kami bersaksi.’(kami lakukan ini) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini’.
Atau agar kamu tidak mengatakan ‘sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan org2 dahulu yg sesat?’ “ (surah al A’raf ayt 172&173 - ms173)
Jadi kita
kena la sedar diri sikit yang kita diatas muka bumi ni hanyalah HAMBA Allah, tak perlulah kita nak sombong dan bangga sangat dengan maksiat-maksiat yang kita lakukan.
Cuba fikir kejap selama kita hidup ni berapa banyak maksiat yang dah kita lakukan??
Banyak maksiat ke banyak kebaikan yang kita buat?? Ingatlah segala apa yg kita
buat atas muka bumi ni akan dibalas diakhirat nanti..
maksud
firman Allah dalam surah as Saff ayat 39 :
“dan kamu tidak diberi balasan melainkan apa yang telah kamu kerjakan”
Dalam surah
al a’raf ayt 179 – ms 174 pula bermaksud :
“dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tdak dpergunakan untk mndengarkan ayat2 Allah. Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yang lengah.”
kita kena
ingat gak yang kita diciptakan sebaik2 kejadian diatas muka bumi ni..
alhamdulillah kita dikurniakan akal,berbanding makhluk lain yang takde akal.. tapi, apa
gunanya akal kalau kita tak guna untuk kebaikan?? Allah kata orang yang tak guna apa
yang diberi sebetulnya lebih teruk dari haiwan ternakan kott.. kenapa kita je yg diberi akal? Sebab allah nak
jadikan kita KHALIFAH seperti yg selalu kita dengar dalam surah al Baqarah ayt 30 ms6 maksudnya:
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepda para malaikat, ‘Aku hendak mnjadikan khalifah di bumi’. Mereka berkata, ‘Apakah engkau hendak mnjadikan org yg merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkn kami bertasbih memujiMU dn mensucikn namaMU?’ Allah berfirmn, ‘sesungguhnya, Aku mngetahui ap yg tdak kamu ketahui.”
Khalifah tu
apa lak? Khalifah tu pemimpin.. ok la, mesti ada yang kata saya bukan khalifah
tau pemimpin pun..saya biasa-biasa je.. mana pernah saya pegang apa jawatan dalam
persatuan atau apa-apa je la.. tapi sedarkah kamu (ayat skema kit) kita masih lagi
KHALIFAH.. kenapa lak? Sebab walaupun kita tak jadi pemimpin kat masyarakat atau
dalam sesuatu kumpulan, tapi kita tetap jadi pemimpin kepada diri kita, kepada
keluarga kita.. pemimpin keluarga kan lelaki, saya ni perempuan, macam mana pulak? Kamu
jadi pemimpin diri sendiri dan anak2 kamu..
Jadi kita boleh
ringkaskan kat sini, kita kat atas dunia ni ada Allah jadikan dengan dua sebab
dengan kata lain dengan dua amanah –HAMBA- & –KHALIFAH-… Apa yang kita buat kat
sini akan ditanya kat kampong akhirat kelak.. so, moh la kita sama-sama muhasabah
diri, tak payah nak tunding jari kat orang sangat..diri sendiri pun banyak lagi
buat dosa..
Segala yang
baik datang dari Allah swt dan kita sama-sa jadikan sebagai pengajaran.. segala
kekurangan datangnya dari diri yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan
bersesuaian hakikat manusia yg sentiasa lupa dan melakukan kesilapan.. mohon
teguran atas salah silap.. peace no war =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan