Assalamu’alaikum.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas, berfikir dengan waras dan
menikmati pelbagai nikmat yg dikurniakan oleh Allah untuk makhlukNya.
Alhamdulillah juga kerana kita masih boleh nikmati dua nikmat yg terbesar iaitu
nikmat ISLAM dan IMAN. Selawat dan salam keatas kekasih Allah yg sangat
dirindui, Muhammad saw.
NI SAMBUNGAN ENTRI [Bro.. Sis.. Kiamat dah dekat 1].
Dah baca, dah fikir.. lepas tu,
apa yang kita perlu buat ek? (sambil garu kepala..heh)
Nabi ada pesan :
- baca surah al Kahfi setiap hari (paling malas pun, baca sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir)
- bayakkan berdoa agar dilindungi dari fitnah Dajjal
- hadiri majlis ilmu, hah! Kenapa? Apa kaitannya? Sebabnya, kalau Allah nak seseorang tu selamat dunia dan akhirat, Allah akan beri kefahaman tentang agama kepadanya.. so, kita kena usahalah kearah tu.
- selalu baca al Quran (luangkan masa antara maghrib dan isyak-masa yang paling tak sibuk dalam hidup)
Ada ustaz pesan :
- perbanyakkan puasa sunat (sebagai persediaan, nanti tak ada makanan, tak adalah rasa lapar sangat sebab dah biasa puasa)
- nabi kata, orang Islam diakhir zaman(masa tak ada makanan tu) akan bertahan dengan bertahlil (lailahaillallah) , bertasbih (subahanallah), bertakbir (allahuakbar), beristighfar (astaghfirullah) riwayat i.majjah..
persoalannya, adakah dengan tahlil,tasbih,takbir dan
istighfar tu akan mengenyangkan kita? Tak,tapi dengan kita ingat Allah, kita
akan bersabar hadapi semua tu.
nak cerita sikit.. ada satu hari ni, saya dok semangat bincang pasal Dajjal dengan famili, tiba-tiba mak saya mencelah, dia kata 'tak guna kalau kita dok semangat cakap je, tapi tak ada persediaan apa-apa'.. huh! tersentap jugak dibuatnya. Alhamdulillah, mungkin tu Allah nak tegur kami melalui ma..
lepas tu, sekarang ni dok tengah cuti sem, agak lah lama cutinya. saya jadilah pengangur terhormat kat rumah, dok tengah tak ada kerja sangat tu, saya selongkar la video-video dan artikel-artikel.. tiba-tiba terjumpa 1 video pasal Dajjal, cuma satu persoalan je yang buat saya tersentap kali kedua.. dia kata 'pada masa tu tak ada makanan dan minuman, boleh ke kita tahan lapar dan dahaga nanti?? berapa banyak dah puasa sunat yang kita buat sekarang?'
Mohon tersentap semua.. tak guna juga kalau tersentap je tapi tak ada perubahan dalam diri kita. Jom sama-sama kita berubah kearah lebih baik. jom sama-sama kita bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.
Akhirnya, moga-moga kita tergolong dalam golongan yang bersabar dan pengikut nabi Isa.amiinn..
Ini semua mungkin sekadar teori, terpulanglah kepada diri sendiri untuk terima atau tidak. Yelah, nak cakap pasal benda yang akan berlaku susah. Kalau dah berlaku, senang kita nak buktikan. Cuma kita perlu ingatlah sempat atau tidak, lambat atau cepat, kiamat tu pasti berlaku.
Tanda punya tanda Allah dah bagi, marilah kita sama-sama ambil pengajaran dan tingkatkan amalan kita. Jangan sampai bila Dajjal kat depan mata baru kita ternganga, nak kalut buat amal, barulah kita kata ‘aku ada baca pasal ni, tapi aku tak ambil port pun’.
Kalau Dajjal tak turun masa kita seklipun, apa ruginya kita buat amal dan bertaubat tu, bukan ke kita semua ni bakal jenazah?.. jom la kita sama-sama berdoa supaya kita tergolong golongan yang mengikut nabi Isa (islam) & supaya jika kita berada pada zaman tu, kita dapat bertahan dan bersabar.
p/s : doakan juga untuk keluarga,
guru-guru, sahabat dan jangan lupa saya ek.. tak rugi pun doakan orang lain,
untung adalah, sebab bila kita doakan saudara kita tanpa pengetahuan dia,
malaikat akan mengaminkan doa kita dan malaikat akan doakan kita kembali.
Segala yang ada dalam artikel ni,
hasil daripada beberapa ceramah yang saya ikuti dan dari pembacaan. Segala yang
baik datang dari Allah dan segala kekurangan dan kelemahan, datang dari saya
makhluk yang selalu buat salah dan dosa. Jika ada kesalahan mohon teguran.
wallahua'lam..
wallahua'lam..