dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

Rilek Jap



Bismillahirrahmanirrahim..emm, hari ni jom kita sama-sama menyayi.. sebenarnya setiap lagu mesti ada maksudnya kan? Yang bestnya maksud lagu ni sangat bermakna yang boleh kita apply dalam hidup kita dan dalam kerja-kerja dakwah...





Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi



  • kita mestilah terus thabat(tetap teguh/istiqamah) bila diuji, insyaAllah diakhirnya kita akan berjaya.




Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana



  • sebelum ni, masa diuji kita rasa macam tak mampu nak hadapi.. tapi bila kita dah berjaya baru kita tahu yang kita sebenarnya kuat dari apa yang kita sangka. Ujian yang kita lalui sebenarnya tak sebesar mana, kerana kita ada Allah.



Payah payah semalam
Moga mudah selama



  • bila kita dah biasa dengan kepayahan, insyaAllah ujian yang mendatang pun kita tak akan mudah nak mengalah dan putus asa.



Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu



  • biar apa orang buat kat kita, jangan dendam.

  • bila kita buat sesuatu perkara yang baik,mesti ada yang menghalang. jadi, selagi apa yang kita buat itu betul, tak melanggar syariat dan adat..jangan peduli apa yang mereka kata. Terus qawiy dan jangan mudah futur.



Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.



  • bila dah berjaya :

  1. Jangan lupa Allah
  2.  Jangan mudah lupa diri
  3.  Jaga hati, jangan biarkan penyakit hati ada dalam diri
  4.  Selalu meminta dengan Allah(doa)



p/s : segala salah dan silap mohon ditegur dan dimaafkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan