dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

Who am I??



Assalamua’alaikum.. alhamdulillha bersyukur kerana dapat lagi bernafas dan dapat merasa 2 nikmat yang terbesar, iaitu nikmat islam dan iman.. moga entri kali bermanfaat dan sedikit sebanyak menyedarkan kita yang berada di ‘zone selesa’…


Bayangkan kalau kita bagi pinjam buku yang kita tak sempat baca lagi kat orang, tapi bila dia pulangkan buku tu da koyak tau dah lain macam je (dengan muka tak bersalah pulak tu).. apa yang kita rasa masa tu ek? Mesti kita marah kan?? Mana tak nya, buku yg kita tak baca lg da koyak, masa hantar tu kalau dia mintak maaf tu ok la gak, ni buat macam tak ada ape-apa lak.. ha!!! Macam tu la gak keadaan kita kat dunia ni.. semua makhluk kat alam semesta ni termasuk diri kita sendiri Allah yang punya, Allah hanya bagi pimjam je. Nnt kita akn dikembalikan dan dibangkitkan..masa tu, setiap apa yang kita buat kat dunia ni akan dipersoalkn.. Kiranya ni amanah kita la, kena jaga betul-betul.. takkanlah Allah dah bagi pinjam elok-elok, kita pulangkan dengan..??!#%$.... Allah tak jadikan kita sia-sia Allah ada berfirman yang bermaksud ‘tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk bribadah’..  


Allah ad befirman dalam (surah ad Dukhan ayt 38&39 – ms 497) yg bermaksud :


“dan tidaklah Kami main2 menciptakan langit dan bumi dan apa yg ada di antara keduanya.     Tidaklah Kami ciptakan keduanya melainkan dengan haq(benar), tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”

Dan


“dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari tulang belakang anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman),’bukankah Aku ini Tuhanmu?’ mereka menjawab, ‘betul(engkau tuhan kami), kami bersaksi.’(kami lakukan ini) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini’.

Atau agar kamu tidak mengatakan ‘sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan org2 dahulu yg sesat?’ “                                                                                                                                               (surah al A’raf ayt 172&173 - ms173)



Jadi kita kena la sedar diri sikit yang kita diatas muka bumi ni hanyalah HAMBA Allah, tak perlulah kita nak sombong dan bangga sangat dengan maksiat-maksiat yang kita lakukan. Cuba fikir kejap selama kita hidup ni berapa banyak maksiat yang dah kita lakukan?? Banyak maksiat ke banyak kebaikan yang kita buat?? Ingatlah segala apa yg kita buat atas muka bumi ni akan dibalas diakhirat nanti.. 


maksud firman Allah dalam surah as Saff ayat 39 :


“dan kamu tidak diberi balasan melainkan apa yang telah kamu kerjakan” 


Dalam surah al a’raf ayt 179 – ms 174 pula bermaksud :


“dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata tetapi tdak dpergunakan untk mndengarkan ayat2 Allah. Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yang lengah.                                                     
                                                                               

kita kena ingat gak yang kita diciptakan sebaik2 kejadian diatas muka bumi ni.. alhamdulillah kita dikurniakan akal,berbanding makhluk lain yang takde akal.. tapi, apa gunanya akal kalau kita tak guna untuk kebaikan?? Allah kata orang yang tak guna apa yang diberi sebetulnya lebih teruk dari haiwan ternakan kott..  kenapa kita je yg diberi akal? Sebab allah nak jadikan kita KHALIFAH seperti yg selalu kita dengar dalam  surah al Baqarah ayt 30 ms6 maksudnya:


“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepda para malaikat, ‘Aku hendak mnjadikan khalifah di bumi’. Mereka berkata, ‘Apakah engkau hendak mnjadikan org yg merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkn kami bertasbih memujiMU dn mensucikn namaMU?’ Allah berfirmn, ‘sesungguhnya, Aku mngetahui ap yg tdak kamu ketahui.”



Khalifah tu apa lak? Khalifah tu pemimpin.. ok la, mesti ada yang kata saya bukan khalifah tau pemimpin pun..saya biasa-biasa je.. mana pernah saya pegang apa jawatan dalam persatuan atau apa-apa je la.. tapi sedarkah kamu (ayat skema kit) kita masih lagi KHALIFAH.. kenapa lak? Sebab walaupun kita tak jadi pemimpin kat masyarakat atau dalam sesuatu kumpulan, tapi kita tetap jadi pemimpin kepada diri kita, kepada keluarga kita.. pemimpin keluarga kan lelaki, saya ni perempuan, macam mana pulak? Kamu jadi pemimpin diri sendiri dan anak2 kamu..                         




Jadi kita boleh ringkaskan kat sini, kita kat atas dunia ni ada Allah jadikan dengan dua sebab dengan kata lain dengan dua amanah –HAMBA- & –KHALIFAH-… Apa yang kita buat kat sini akan ditanya kat kampong akhirat kelak.. so, moh la kita sama-sama muhasabah diri, tak payah nak tunding jari kat orang sangat..diri sendiri pun banyak lagi buat dosa..                                                  

Segala yang baik datang dari Allah swt dan kita sama-sa jadikan sebagai pengajaran.. segala kekurangan datangnya dari diri yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan bersesuaian hakikat manusia yg sentiasa lupa dan melakukan kesilapan.. mohon teguran atas salah silap..  peace no war =)

DISEBALIK SEBUAH PENGORBANAN

Assalamu'alaikum.. alhamdulillah hari ni dapat lagi kita bernafas dan dapat lagi kita menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam.. alhamdulillah gak sebab kita dapat menjalani aidil adha tau hari raya korban..




Emm.. sebut je hari raya korban, semua dok cerita kisah nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s.. Mesti semua da tahu kan? mana tak nya, dari kecik lagi dok dengar cerita ni (raya haji je -> kisah nabi Ibrahim dan nabi Ismail, kisah ni je -> raya haji) kalau cerita kat sini pun, benda yang sama gak.. hehe..



"Semakin besar pengorbanan kita kepada Islam(Allah),
semakin besar ganjaran yang kita akan dapat"
-sheikh Habib Zainal Abidin-

Jom kita fikir dan kaitkan kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar dalam kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan dugaan ni..

 

Kisah Siti Hajar yang terpaksa ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah s.w.t.....

Masa Nabi Ibrahim nak tinggalkan Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail, Nabi Ibrahim tak sanggup nak pandang mereka kerana terlalu sedih, Siti Hajar tanya 'nk ke mana?'2x tak terjawab.. kali ke-3 Siti Hajar tanya 'adakah ni perintah Allah?' , Nabi Ibrahim jawab tanpa pandang mereka, tapi beliau pandang atas bab tak nak isterinya nampak dia sedih.. Tp Siti Hajar kata 'kalau ya, tinggalkanlah kami, Allah akan jaga kami'.. lepas tu, beliau berlari-lari mencari air dari Safar ke Marwah untuk keperluan mereka..
===
subahanAllah3x.. punyalah tawakal  Siti Hajar , bayangkan tmpat yang mereka bakal ditinggalkn tu bukannya ada sumber makanan dan minuman, hidupan lagilah takde.. disebabkan perintah dari Allah, beliau redha.. Beliau meletakkan 100% kebergantungannya dan pengharapan kepada Allah bukannya kepada makhluk.. Beliau tawakal bukan sekadar 'duduk dan tunggu rezeki jatuh dari langit' tapi beliau usaha dan tak pernah putus asa atau harap terhadap Allah.

 


Kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih Nabi Ismail (anaknya)......

Ketika Nbi Ibrahim diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail, umur Nabi Ismail 13 tahun.. nabi Ismail rela korbankan nyawanya demi mengikuti perintah Allah s.w.t.. belum sempat Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Allah dengan sifatnya ar-Rahman menggantiknnya dengan seekor kibas..
===
Walaupun umurnya 13 tahun, tapi beliau sanggup menggadaikan nyawanya kerana mematuhi perintah Al Khaliq. Beliau sedar bahawa hidup didunia ni sebagai hamba Allah n untuk beribadat kepadaNya.



 
Manakala Nabi Ibrahim.. lama beliau mahukan anak, bila dah dapat anak (Nabi Ismail), kena tinggalkan ditempat yang tandus bersama isteri yang tercinta.. lepas tu diperintahkan menyembelih anaknya sendiri..
===
Sangat besar pengorbanan yanag dilakukan oleh beliau semata-mata mematuhi perintah Allah.. Beliau juga menyerahkan segala-galanya kepada Allah dengan redha dan tawakal yang tinggi kepada Allah yang maha berkuasa semasa meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ibrahim ditempat yang tidak berpenghuni dan tandus.






BAGAIMANA DENGAN KITA SEKARANG ???

tepuk dada tanya iman masing..

jom muhasabah diri jap,

? bagaimana penghayatan kita dengan Islam?? 

? adakah kita dah betul2 mempraktikkan agama yang syumul ni dalam kehidupan seharian??

? sanggupkah kita mengorbankan apa saja untuk Islam??


para sahabat Rasulullah s.a.w sanggup mengorbankan segalanya demi Islam.
contohnya.. apabila turun ayat ke 92 dalam surah Ali Imran (ms 61) yg bermaksud:


"kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yg sempurna) sebelum kamu menginfaqkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu infaqkan, makn sesungguhnya Allah maha mengetahui" 
 
 ada seorang sahabat ni, dengar je ayat ni, terus menginfaqkan hartanya (kebun) yang paling beliau sayang.


-Umar al kahttab r.a, sebelum memeluk Islam beliau seorang yang bengis, bila dah memeluk Islam beliau boleh menangis apabila dengar ayat al Quran dan beliau gunakan sifat yang garang tu pada tempatnya. Walaupun beliau garang, apabila ditegur, beliau menerimanya dengan  salamatu sadri (berlapang dada).

-masa keluar ayat pengharaman arak, para sahabat terus pulang kerumah dan memecahkan bekas-bekas yang tersimpan arak.

==> kisah-kisah diatas jelas menunjukkkan mereka betul-betul menghayati Islam dalam diri mereka dan menterjemahkannya melalui perbuatan. mereka juga sanggup mengorbankan apa saja untuk Islam.







KITA SEBAGAI UMAT AKHIR ZAMAN NI SEHARUSNYA..
  • Qawiy(kuat) menghadapi cabaran 
  • letakkan pergantungan dan pengharapan yang tinggi kepada Allah 
  • jangan pernah putus harapan terhadap Allah 
  • tidak terlalu bergantung kepada makhluk 
  • tawakal dan usaha yang berterusan



tawakallah seperti burung, yang paginya keluar mencari rezeki dengan perut kosong, pulangnya kekenyangan.













emm..."culture shock" ke??

Assalamu'alaikum..alhamdulillah syukur kepada Allah kerana hari ini dapat lagi kita bernafas dan dapat lagi kita menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat ISLAM dan IMAN..



Culture shock?? = kejutan budaya..


betul ke kebanyakan orang kata atau ikut pengalaman, kalau sesorang tu sekolah sejenis je atau kata lain sekolah lelaki je tau sekolah perempuan je bila masuk IPTA/S mudah terkena 'virus culture shock' ni? (culture shock dalam pergaulan la)..

ada jugak yang kata bila seseorang tu sekolah agama atau arab, bila sambung belajar mudah gak terkena 'virus' ni? (dalam bi'ah/pergaulan)..
-------------------------------
bila tanya kat senior-senior pulak ada yang kata 'betul la tu, kawan akak pun kena gak....'
ada gak yang cakap 'mana ada, akak dok sana okey je..akak p pakai tudung labuh, sekarang pun akak pakai tudung labuh lagi..dulu akak sekolah sejenis gak, sekang ni xde la akak x jaga pergaulan....'

=>pandangan dan pengalaman saya lak..
pandangan dua-dua kat atas tu betul.. sebab semuanya bergantung kepada diri kita sendiri..
saya tak nafikan ada yang dulu lain dan sekarang lain.. tapi ramai gak yang p macam tu n balik macam tu gak.. ada yang lagi best, pegi biasa-biasa je, bila balik lebih baik dari sebelum ni..kan sejuk perut ibu mengandung dan mata yang melihat tu.. hehe

 adakan kata-kata hikmah yg kata

 umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam

ni semua terjadi mungkin juga kesan daripada pengalaman hidup kita sebelum ni.. bukan ke pengalaman tu mengajar kita?
dan ni juga ada kaitannya dengan sekuat mana hubungan kita dengan Allah = 'pergantungan kita dengan Allah'.. 
apa kaitanya ek?(nk tahu,baca sampai habis..hehe)

sebabnya bila kita ingat Allah sentiasa ada bersama kita, insyaAllah kita tak akan mudah nak terjebak dengan perkara-perkara yang lagha.. nak buat sesuatu perkara, kita akan dahulukan pandangan Allah daripada pandangan manusia..

contohnya, dalam pemakain, kita nak pakai baju tuk keluar, kita tengok kat cermin dan  tanya adakah ikut syari'at apa yang aku pakai ni? kalau tak ikut syari'at, kita akan tukar..

dalam pergaulan lak, bila kita ingat Allah sentiasa ada bersama kita, kita akan usaha supaya menjaga ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan,kita akan meminimumkan pergaulan berlainan jenis(time ada urusan je)..


rasulullah pun ada bersabda:
"Barang siapa yang Akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan putuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya. Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya" 

Allah pun ada befirman,maksudnya: 
"Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat"
[surah Asy-Sura',ayat20,ms 485]

sepatutnya kita yang dari sekolah agama atau arab ni, tunjuk qudwah hasanah(contoh yanag baik) kat kawan-kawan, bukannya kita jadikan mereka qudwah kita(dalam perkara2 yang tak baik la, kalau benda baik takde masalah nak ikut)..

ni semua dibawah kawalan kita sendiri, kalau kita pandai kawal insyaALLAH kita tak terkena 'virus culture shock' ni..

jangan kerana kelakuan kita penyebab jadinya fitnah kepada pelajar2 sekolah agama dan sekolah sejenis yang istiqamah dengan biah(suasana) yang baik

p/s: taip panjang-panjang ni,mungkin saya akan diuji.. ini semua peringatan tuk diri sendiri dan semua yang ingin berubah kepada yang lebih baik..
doakan moga kita semua ada 'antivirus' yang bagus supaya kita tidak terjangkit dengan 'virus culture shock' ni..
segala salah dan silap mohon dimaafkan, mohon teguran.. 

 

ada apa dengan SEDEKAH?

Assalamu'alaikum.. alhamdulillah hari ni dapat lagi kita bernafas dan meneruskan aktiviti seharian... dan alhamdulillah juga kerana kita masih lagi hidup dalam dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..

eh macam nak berucap kat depan orang ramai lak gayanya.. apa-apa pun, jom sama2 kita hayati maksud firman Allah ni..

"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah mahahalus, maha mengetahui."
[surah al-Baqarah,ayat 261, ms 44]
  



emm..maknanya kat sini, kalau kita sedekah, allah tambah lagi rezeki kita.. walaupun pada zahirnya kita nampak macam harta yang ada pada kita tu berkurangan jika kita bagi atau sedekah kat orang.. tapi, hakikatnya semakin bertambah.. mungkin kadang2 kita tak terbayang pun.. ye la, macam mana pulak kita keluarkan harta kita untuk sedekah boleh bertambah? patutnya semakin berkurang la kan? ha!! kat sini la kita kena faham, rezeki tu banyak.. tak semestinya dalam bentuk harta je.. mungkin Allah bagi kita sebuah keluarga yang bahagia.. ataupun, mungkin juga Allah bagi anak-anak, sahabat atau pasangan yang soleh atau solehah.. ataupun kita sendiri allah jadikan soleh atau solehah.. nak jadi soleh atau solehah tu dengan usaha kita la.. mana boleh sekelip mata je dari tak tahu apa-apa, tup-tup boleh jadi soleh/ah.. maksudnya allah jadikan kita soleh/ah nie, allah bagi ujian atau kesedaran,menyebabkan kita tersedar dan menuju ke jalan soleh/ah tu.. ataupun allah bagi rezeki dalam bentuk umur panjang.. macam dalam kisah ni..

malaikat izrail berjumpa nabi musa dan memberitahu nabi musa bahawa jiranya akan mati dalam masa lima hari lagi, nabi musa sentiasa memerhati jiranya itu sampai la hari yang sepatutnya jianya itu meninggal, jiranya tu masih lagi ada.. nabi musa pun bertanya la kepada malaikat izrail, malaikat izrail kata orang tu ditanguh kematiannya kerana apabila dia bertemu dengan pengemis, dia memberi sedekah..dan pengemis tersebut mendoakanya..

tapi dengan syarat,kita sedekah tu biarlah ikhlas dan jaga lah hati masa sedekah tu.. jangan ada sedikit pun rasa nak menunjuk, riak, takabur dan seumpama dengannya.. macam dalam maksud firman Allah ni..

"wahai orang2 yang beriman! janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut2nya dan menyakiti(perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak(pamer) kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaan(org itu) seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 kafir"
[surah al-Baqarah,ayat 264, ms44]

 teringat satu cerita zaman rasulullah ni..

satu hari fatimah az-zahra teringin makan buah delima, Ali b.Abi Talib pergi lah ke pasar untuk beli buah delima.. Ali b.Abi Talib beli sebiji buah delima kerana pada masa tu mereka hanya ada wang sebanayk tu je.. dalam pejalanan pulang, Ali b.AbI Talib terserempak dengan seorang miskin yang nak buah delima, lalu abu talib berikan separu kepadanya..
sampai dirumah, abu talib menceritakan kpada isterinya.. 
 selepas tu,ada ketukan pintu dirumah mereka,bukak je pintu Salman al Farisy membawa 9 biji delima daripada rasulullah..
tapi aLI b.Abu Talib tak nak ambik, sebab ada sembilan je, sepatutnya ada sepuluh..
Salman terkejut,lalu mengeluarkan sebiji delima yang disoroknya..lalu dia bertanya kepada abu talib bagaimana dia mengetahuinya..
jawab Ali b.abu talib aku teringat firman allah
 "Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya".

"barangsiapa meminjamai(menginfakkan hartanya dijalan allah) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan"
[surah al-Baqarah,ayat 245, ms 39]


 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
 (HR Muslim).
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. 


p/s: peringatan tuk diri sendiri juga.. ingat!! senyum itu pun sedekah.. renung-renungkan dan selamat beramal..

Redha ke Pasrah ??

Assalamu'alaikum... alhamdulillah kerana dapat lagi bernafas hingga ke saat ni.. dan alhamdulillah juga kerana dapat lagi kita merasa 2 nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan islam...

bila dengar je tentang ujian, mesti akan dengar juga tentang redha..
emm.. redha senang untuk diucap tapi amat susah untuk dipraktikkan bila kita hadapi ujian.. redha dengan pasrah lain ek..

redha tu, lebih tinggi dari sabar..kalau sabar kita senyum diluar(bibir), tapi hati kita menangis.. 
kalau redha lak kita akan senyum diluar dan dalam... kiranya kita terima dengan hati terbuka..
pasrah lak,nak ke tak nak kita kena terima ujian tu jugak sebab dah tak boleh nak elak.. kiranya dia tak terima tapi terpaksa hadapi..

ada seorang ustaz cakap, cara nak tahu kita nie tergolong dalam golongan redha atau pasrah.. bila kita mula2 hadapi ujian, tengok samaada kita senyum dulu baru menangis atau kita menangis dulu baru senyum.. kalau kita senyum dulu,maknanya kita redha.. tapi kalau kita nangis dulu, maknanaya kita pasrah..



 cakap pasal redha dan ujian ni.. saya teringat satu cerita ni..

ada satu watak kartu yang ditimpa satu musibah.. lepas tu dia tengok langit dan dia tanya 'kenapa aku?'... lepas tu keluar lah belon yang tertulis 'kenapa tidak?'..


--kesimpulan kat sini, bila kita ditimpa ujian, tak perlulah kita duk sibuk tanya 'kenapa aku' yang diuji, tapi cuba kita tanya 'apa yang harus aku lakukan?'.. maksudnya tak perlulah kita duk fikir masalah sampaikan tak cuba untuk mencari jalan keluar dari masalah tu..--


antara cara untuk redha..

=> ucap innalillahiwainnailaihiraji'un..


"dan kami pasti akan menguji kamu dengan  sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(yaitu)orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahiwainnailaihiraji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk."
[surah al Baqarah,ayat 155-157,ms24] 

  •   ingatlah segala yang terjadi adalah keputusan allah untuk kita, baik atau buruk yang berlaku kepada kita semuanya atas kehendak Allah
  • ucaplah radhitubillahi rabba,wa bilislami dina..

  • balasan dari kita redha dengan ujian ni,insyaAllah akan mendapat kecintaan Allah.
  saya teringat kata2 seorang ustazah.. kat dunia nia kita seorang pendatang asing..
 'aku bukan orang sini(dunia), tapi aku pemegang paspot akhirat..
aku transit je kat dunia ni'

p/s: mohon maaf segala salah silap dan mohon teguran apa yang salah..insyaAllah akan diperbaiki.. semua yang diatas bukan 100% dari saya, ada dari pembacaan atau pun dari majlis2 ilmu..

Ibrah 2

KISAH LUQMAN AL HAKIM 

 
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang pun berkata, 
'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, 
"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, 
"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, 
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dinaiki."

Dalam perjalanan mereka dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, 
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, 
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan ditimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


--kita kat dunia ni, tak akan terlepas dari kritikan orang.. tak kiralah apa yang kita buat, sama ada perbuatan kita tu baik atau pun buruk... jadinya, kita buat je apa-apa pun asalkan tak melanggar syariat--
 
--jom kita sama-sama cuba jaga dan kawal percakapan, jangan terlalu suka mengkritik orang tetapi lupa diri sendiri lebih lagi dari tu.. sama-samalah kita sentiasa bermuhasabah diri... kita nampak orang buat salah, kita kena tegur tapi perlulah beradab dan pada masa yang sama, perlulah muhasabah diri supaya kita tak terbuat sama benda salah tu..--

....