dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

kegagalan itu satu percubaan..


Assalamu'alaikum... alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana hari ni kita dapat lagi bernafas dan bersyukur juga kerana kita dapat lagi merasa dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan islam..

jom sama2 berjaya

 mungkin hari ni kita gagal dalam sesuatu samaada dalam pelajaran atau kerjaya.. tapi, kegagalan hari ini, bukan bermakna kita tidak berpeluang untuk merasa kejayaan esok hari..

cuba kita renung sekejap, berapa kali dalam hidup kita pernah melalui kegagalan?
dan sebenarnya kegagalan itulah yang mengajar kita dan membuat kita merasa bertapa nikmatnya sebuah kejayaan dan menjadikan siapa kita hari ini...

sebagai contoh: cuba kita perhatikan kanak-kanak yang baru belajar berjalan, mula-mula  mereka berjalan, mesti akan jatuh... tapi mereka tak putus asa, mereka bangun dan teruskan berjalan, mereka jatuh lagi, mereka bangun pula.. mereka tak pernah mengeluh dan tak pernah putus asa.. sampai la sekarang nie mereka da boleh jalan, dah boleh lari pun.. cuba kita bayangkan, jika la kanak-kanak tu jatuh, lepas tu, dia putus asa dah untuk berjalan, adakah mereka boleh berjalan sekarang?.... dan ingat atau tak, kita pernah melalui semua tu, sampai la hari nie kita boleh berjalan,  jarang sangat la nak jatuhnya kan..




lebih baik cuba menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan  



"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras 
(dalam urusan yang lain)."

[al-insyirah]


p/s : segala yang baik tu datang daripada Allah, dan segala yang buruk datangnya daripada diri yang serba kekurangan, hakikatnya semua tu daripada Allah. mohon maaf dan teguran atas salah dan silap.









 

Ibrah 1

Assalamu'alaikum..Alhamdulillah syukur kerana dapat lagi bernafas.. syukur juga kerana dapat lagi merasa 2 nikamat yang terbesar, iaitu nikmat islam dan iman..



Kisah nie ada dalam sebuah hadis riwayat muslim..

Abdullah bin Abbas meriwayatkan, "Umar bin Khattab keluar menuju ke Syria. Ketika beliau tiba di Sargh(sebuah kota di pinggir Hijjaz), beliau bertemu dengan komandan pasukan, Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan para sahabatnya. Mereka memberitahu kepada Umar bahawa ada satu wabak penyakit sedang menular di Syria.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa, Umar berkata, "panggilkan generasi awal Muhajirin", maka saya memanggil mereka. Beliau(Umar) meminta pendapat mereka dan terjadi perbezaan pendapat di antara mereka samaada meneruskan perjalanan atau kembali ke negeri mereka dalam situasi begini. Sebahagian daripada mereka berkata,
"(Umar) sudah keluar untuk memikul amanah, dan kerana itu kami tidak menganjurkan kamu untuk kembali."
sementara sebahagian lain berkata
"Bersamamau ada sejumlah besar manusia dan para sahabat nabi SAW yang di muliakan, kerana itu kami tidak menganjurkan kamu untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat bencana itu (terdedah pada suatu bahaya)"
Umar berkata
"kalian boleh meninggalkan tempat ini sekarang" kemudian beliau berkata, "panggilkan untukku  org2 Ansar."
maka saya pun memanggil mereka dan beliau berbincang dgn mereka. Mereka juga telah mengalami jalan yang sama,mereka berbeza pendapat.
Umar berkata
"kalaian boleh meninggalkan tempat ini, panggilkan untukku org2 tua Quraisy yanag berhijrah sblum penaklukan Kota Mekkah."
kemudian saya memanggil mereka, dan kemudian mereka berbincang.. namun mereka berdua tidak berbeza pendapat,seperti yg dialami sebelumnya.Mereka berkata,
"menurut kami, sebaiknya engkau kembali bersama org2 dan tidak membawa mereka kepada wabak ini"
Maka Umar mengumumkan,
"esok pagi, kita akan kembali"
maka mereka pun bergerak kembali keesokan pgnya.

Berkenaan hal ini, Abu Ubaidah bin Jarrah berkata kepada Umar, 
"Apakah kamu hendak lari dari takdir Allah?"
maka Umar berkata,
"ya, kita melarikan diri drpada takdir Allah menuju takdir Allah yang lain. Menurutmu jika engkau memiliki beberapa ekor unta dan engkau sedang berjalan menuruni suatu lembah yg mempunyai dua sisi, salah satu sisi dipenuhi rumput sementara sisi lainya tandus, bukankah termasuk dalam takdir Allah jika engkau membawa unta2 itu kesisi yg dipenuhi rumput? dan sekiranya engkau membawa unta2 itu ke bahagian yg tandus, buknkah itu juga termasuk dalam takdir Allah?"

Serta-merta datang Abdul Rahman bun 'Auf yg sebelumnya tdak dpat hadir dlm prtemuan yg diadakan sebelumnya kerana adanya beberapa urusan. Beliau berkata,
"saya tahu hal ini,sy ada mendengar Rasulullah saw pernah bersabda, 'jika kalian mendengar kedatangan (wabak) di suatu negeri, maka jangan masuk kedalamnya. Namun jika ia merebak di negeri tempat kalian tinggal, maka jangan keluar darinya" Maka Umar memuji Allah dan kemudian berangkat pulang.
  

 Jadinya... ap yg kita sedang lalui tu, kita tau akan mendapat kesan yang buruk, kita boleh elak..

kita elak tu bukan bermaksud kita lari dari takdir..
kita perlu buat yang terbaik untuk hidup kita sebab, kita tak tahu Allah letak kita di mana (apa takdir kita yg sebenar).. jadi sebab itulah kita kena usaha sendiri untuk mendapat kehidupan yg sempurna bukan hanya 'redha je'..

nie la dinamakan konsep tawakal..

DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL
Allah ada berfirman yg bermaksud:

"..........kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yg bertawakal."
 (surah ali imran, ayat 159, mukasurat 71)

jom sama2 hayati lirik lagu nie..



Ukhuwah fillah




Assalamu'alaikum.. alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita dapat lagi bernafas hingga saat ini.. dan bersyukur juga kerana kita dapat lagi merasa 2 nikmat yg terbesar.. nikmat apa yg terbesar tu?? nikmat iman dan islam..

Kita selalu dengar atau mengucapkan 'ukuwah fillah'.. agak-agak apa maksudnya ek?

Ukuwah   - hubungan(biasanya hubungan persahabatan)
Fillah      - kerana Allah (redha Allah)
jadinya.. 'ukhuwah fillah' tu sepatutnya bukan sekadar ucapan je, jika kita betul2 hayati maksudnya.. berat untuk kita laksanakan..tp jika kita sama faham & sama2 usaha untuk melaksanakan, in syaAllah sangat manis tuk dilalui..

Maksud lainnya 'ukhuwah fillah' tu - bersahabat sampai kesyurga..
emm (sambil buat muka curious).. macam mana caranya ek?


  • kita mestilah saling tegur menegur  - jika kita nampak atau tahu sahabat kita buat kesalah, tak kira la salah di sisi syari'at atau dsisi undang-undang, kita wajib menegur.. cara tegur tu pulak mestilah dengan hikmah(cara baik)


hadis dr Abi Said Al-Khudri yg bermaksud : " Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidah. Maka sekiranya ia tidak mampu juga, maka hendaklah mengubahnya dengan hati, dan demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman" [HR Muslim]



  • berlapang dada (salamatu sadri)  - kita pun,mstilah berlapang dada (boleh terima) kritikan & nasihat daripada sahabat kita.. amat lah mustahil,kita nak tegur orang, orang boleh terima..tapi bila orang tegur kita.. nak melenting lak..tak bertegur sapa.. lagipun,teguran dia tu untuk kebaikan kita gak..



  • menjaga aib sahabat.. mcam imam syafi'ie ckap kat atas nie.. - jika kita jaga aib orang,in sya Allah, allah akan tutup aib kita.. kalo kita bukak aib org in sya Allah, allah akan bukak aib kita..


  • susah & senang bersama..  -  sahabat yg sejati adalah,mereka yg tidak akan tinggalkan kita sendirian apabila kita ditimpa ujian drp Allah.. kita msti nak sahabat yang susah senang bersamakan?  makanya, mulakan dengan diri kita dulu.. jadi sahabat yang sejati untuk sahabat-sahabat kita.. jangan time senang je dengan dia,bila susah,nak 'lari' dari dia lak..


  • doakan sahabat,tanpa pengetahuannya..
 

Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) yang tidak ada di hadapannya adalah mustajabah (terkabul). Di sisi kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang diutus. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, "Amin, dan bagimu seperti yang kamu doakan". [HR: Muslim ]



  • sentiasa memaafkan sahabat  - setiap orang mesti ada buat salah, jangan lah ada sifat dendam dalam diri kita..





p/s: sebenarnya banyak lagi cara2 tuk kita jadi sahabat yg sejati..yang orang kata 'ukhuwah fillah'.. ni antara yg penting la.. mohon maaf jika ada salah silap.. mohon teguran, in sya allah boleh dan cuba perbaiki...