dengan mengigati Allah,hati menjadi tenang

Ibrah 1

Assalamu'alaikum..Alhamdulillah syukur kerana dapat lagi bernafas.. syukur juga kerana dapat lagi merasa 2 nikamat yang terbesar, iaitu nikmat islam dan iman..



Kisah nie ada dalam sebuah hadis riwayat muslim..

Abdullah bin Abbas meriwayatkan, "Umar bin Khattab keluar menuju ke Syria. Ketika beliau tiba di Sargh(sebuah kota di pinggir Hijjaz), beliau bertemu dengan komandan pasukan, Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan para sahabatnya. Mereka memberitahu kepada Umar bahawa ada satu wabak penyakit sedang menular di Syria.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa, Umar berkata, "panggilkan generasi awal Muhajirin", maka saya memanggil mereka. Beliau(Umar) meminta pendapat mereka dan terjadi perbezaan pendapat di antara mereka samaada meneruskan perjalanan atau kembali ke negeri mereka dalam situasi begini. Sebahagian daripada mereka berkata,
"(Umar) sudah keluar untuk memikul amanah, dan kerana itu kami tidak menganjurkan kamu untuk kembali."
sementara sebahagian lain berkata
"Bersamamau ada sejumlah besar manusia dan para sahabat nabi SAW yang di muliakan, kerana itu kami tidak menganjurkan kamu untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat bencana itu (terdedah pada suatu bahaya)"
Umar berkata
"kalian boleh meninggalkan tempat ini sekarang" kemudian beliau berkata, "panggilkan untukku  org2 Ansar."
maka saya pun memanggil mereka dan beliau berbincang dgn mereka. Mereka juga telah mengalami jalan yang sama,mereka berbeza pendapat.
Umar berkata
"kalaian boleh meninggalkan tempat ini, panggilkan untukku org2 tua Quraisy yanag berhijrah sblum penaklukan Kota Mekkah."
kemudian saya memanggil mereka, dan kemudian mereka berbincang.. namun mereka berdua tidak berbeza pendapat,seperti yg dialami sebelumnya.Mereka berkata,
"menurut kami, sebaiknya engkau kembali bersama org2 dan tidak membawa mereka kepada wabak ini"
Maka Umar mengumumkan,
"esok pagi, kita akan kembali"
maka mereka pun bergerak kembali keesokan pgnya.

Berkenaan hal ini, Abu Ubaidah bin Jarrah berkata kepada Umar, 
"Apakah kamu hendak lari dari takdir Allah?"
maka Umar berkata,
"ya, kita melarikan diri drpada takdir Allah menuju takdir Allah yang lain. Menurutmu jika engkau memiliki beberapa ekor unta dan engkau sedang berjalan menuruni suatu lembah yg mempunyai dua sisi, salah satu sisi dipenuhi rumput sementara sisi lainya tandus, bukankah termasuk dalam takdir Allah jika engkau membawa unta2 itu kesisi yg dipenuhi rumput? dan sekiranya engkau membawa unta2 itu ke bahagian yg tandus, buknkah itu juga termasuk dalam takdir Allah?"

Serta-merta datang Abdul Rahman bun 'Auf yg sebelumnya tdak dpat hadir dlm prtemuan yg diadakan sebelumnya kerana adanya beberapa urusan. Beliau berkata,
"saya tahu hal ini,sy ada mendengar Rasulullah saw pernah bersabda, 'jika kalian mendengar kedatangan (wabak) di suatu negeri, maka jangan masuk kedalamnya. Namun jika ia merebak di negeri tempat kalian tinggal, maka jangan keluar darinya" Maka Umar memuji Allah dan kemudian berangkat pulang.
  

 Jadinya... ap yg kita sedang lalui tu, kita tau akan mendapat kesan yang buruk, kita boleh elak..

kita elak tu bukan bermaksud kita lari dari takdir..
kita perlu buat yang terbaik untuk hidup kita sebab, kita tak tahu Allah letak kita di mana (apa takdir kita yg sebenar).. jadi sebab itulah kita kena usaha sendiri untuk mendapat kehidupan yg sempurna bukan hanya 'redha je'..

nie la dinamakan konsep tawakal..

DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL
Allah ada berfirman yg bermaksud:

"..........kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yg bertawakal."
 (surah ali imran, ayat 159, mukasurat 71)

jom sama2 hayati lirik lagu nie..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan