Assalamu'alaikum.. alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita dapat lagi bernafas hingga saat ini.. dan bersyukur juga kerana kita dapat lagi merasa 2 nikmat yg terbesar.. nikmat apa yg terbesar tu?? nikmat iman dan islam..
Kita selalu dengar atau mengucapkan 'ukuwah fillah'.. agak-agak apa maksudnya ek?
Ukuwah - hubungan(biasanya hubungan persahabatan)
Fillah - kerana Allah (redha Allah)
jadinya.. 'ukhuwah fillah' tu sepatutnya bukan sekadar ucapan je, jika kita betul2 hayati maksudnya.. berat untuk kita laksanakan..tp jika kita sama faham & sama2 usaha untuk melaksanakan, in syaAllah sangat manis tuk dilalui..
Maksud lainnya 'ukhuwah fillah' tu - bersahabat sampai kesyurga..
emm (sambil buat muka curious).. macam mana caranya ek?
- kita mestilah saling tegur menegur - jika kita nampak atau tahu sahabat kita buat kesalah, tak kira la salah di sisi syari'at atau dsisi undang-undang, kita wajib menegur.. cara tegur tu pulak mestilah dengan hikmah(cara baik)
hadis dr Abi Said Al-Khudri yg bermaksud : " Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Jika sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidah. Maka sekiranya ia tidak mampu juga, maka hendaklah mengubahnya dengan hati, dan demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman" [HR Muslim]
- berlapang dada (salamatu sadri) - kita pun,mstilah berlapang dada (boleh terima) kritikan & nasihat daripada sahabat kita.. amat lah mustahil,kita nak tegur orang, orang boleh terima..tapi bila orang tegur kita.. nak melenting lak..tak bertegur sapa.. lagipun,teguran dia tu untuk kebaikan kita gak..
- menjaga aib sahabat.. mcam imam syafi'ie ckap kat atas nie.. - jika kita jaga aib orang,in sya Allah, allah akan tutup aib kita.. kalo kita bukak aib org in sya Allah, allah akan bukak aib kita..
- susah & senang bersama.. - sahabat yg sejati adalah,mereka yg tidak akan tinggalkan kita sendirian apabila kita ditimpa ujian drp Allah.. kita msti nak sahabat yang susah senang bersamakan? makanya, mulakan dengan diri kita dulu.. jadi sahabat yang sejati untuk sahabat-sahabat kita.. jangan time senang je dengan dia,bila susah,nak 'lari' dari dia lak..
- doakan sahabat,tanpa pengetahuannya..
Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) yang tidak ada di hadapannya adalah mustajabah (terkabul). Di sisi kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang diutus. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, "Amin, dan bagimu seperti yang kamu doakan". [HR: Muslim ]
- sentiasa memaafkan sahabat - setiap orang mesti ada buat salah, jangan lah ada sifat dendam dalam diri kita..
p/s: sebenarnya banyak lagi cara2 tuk kita jadi sahabat yg sejati..yang orang kata 'ukhuwah fillah'.. ni antara yg penting la.. mohon maaf jika ada salah silap.. mohon teguran, in sya allah boleh dan cuba perbaiki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan